Sardin Roll with Oats



Assalamualaikum.dah lame tak apdet pasal resepi kan..actually aku bukan la pakar dalam bidang masakan..tapi aku ske try menu menu yg senang dan best dr blog blog makanan yg aku jumpe dan ade jugak yg resepi menu dari mak aku tak pon aku hentam kromo janji sedap... Bile cukup semua kelengkapan maka berjalan lah activity memasak mak jemah nie hahhaa..ok la jum kite tgk menu ini! sesuai untuk minum petang bersama famly tersayang.


SARDIN rock & ROLL disaluti oats

RUJUKAN : blog blog masakan dan jugak MAK aku
 CC : Hamba ALLAH

BAHAN BAHAN 

  • Roti Gardenia kecik / besar (ikut suka)
  • Sardin ayam brands (ikut suka jenama ape) ikut suka size ape ikut kuantiti anda nak buat
  • oats (untuk kasi rangup)
  • cili merah 2 biji (cili api pon boleh)
  • 1 biji perahan limau nipis (buang hanyir)
  • secubit garam (ikut rasa)
  • 1 biji telur (untuk gam sadin roll tuh)
  • penggeleng doh (aku pakai cawan je) utuk leperkan/nipiskan roti supaya senang nk gam 


CARA
  1. Asingkan sardin dengan kuahnya
  2. Dalam mangkuk, hancurkan sardin menggunakan garfu. 
  3. Bila dah hancur, masukkan sket je kuah dia (jgn byk sgt nanti inti jadi lembab).
  4.  Pastu, masukkan cili, bawang, air perahan limau serta sedikit garam. Gaul rata.
  5.  Proses seterusnya, amek sekeping roti, lenyekkan guna penggelek kayu.( aku pakai cawan je). Supaya roti tu nipis, tak la tebal sgt semasa nak memakannya nanti. Buat proses yg sama hingga abes semua roti.
  6.  Kemudian, amek roti tadi, letakkan inti sardin. 
  7. Gulung roti dan gamkan menggunakan telur. Buat hingga habis proses yang sama.
  8. Sebelum goreng, celup semua hasil sardin roll yang dah di gam dengan telur kedalam lebihan telur dan golekkan atas taburan oats
  9.  Pastu, panaskan minyak secukupnya. Gorengkan terus roti gulung tadi hingga kekuningan.
  10. dah siap! jemput makan






**mintak ampun mintak maaf sebab menggunakan kata ganti nama diri AKU.kalau ade yang lebeih berusia dari aku membaca entry ini mintak jangan ambil haty.

**mintak maaf sekiranya resepi ini sama dengan sesiapa punya resepi sebab aku x linked balik..tapi ini la hasil masakan yang ikhlas datang dr seorang Hamba ALLAH

**selamat MENCUBA..

2 comments: