Muffin Coklat Ala KeNNy Rogers



ASSALAMUALAIKUM

Kembali bersiaran setelah sekian lame menghilang kini muncul bersama resepi yang di ambil dari blog cik mat gebu yang sememang nye beliau femes dalam dunia blog masakan.  Hasil daripada resepi ini terjadilah muffin coklat yang telah diubah sedikit mengikut kesesuaian hihi..JUM lihat !

"Muffin yang mudah, ringkas dan sedap dari "Noreen UK". Jumlah muffin bergantung pada saiz muffin cup yang digunakan, jika gunakan muffin cup seperti dalam gambar, kita boleh dapat lebih kurang 12 biji muffin..." -MAT GEBU-




Bahan Disatukan Dan Diayak:-
250 g tepung gandum
2 camca teh baking powder
1/2 camca teh soda bicarbonate
2 camca besar serbuk koko

Bahan Disatukan Dan Kacau Rata:-
250 ml susu segar
90 ml minyak sayur/jagung (aku pakai minyak masak biasa)
1 biji telur gred A
1 camca teh esen vanilla

Bahan Lain:-
175 g gula halus
150 g chocolate chips (aku pakai coklat rice)
coklat rice, utk hiasan

Cara membuatnya:-
  • Dalam satu bekas, satukan bahan2 diayak bersama gula halus dan 150 g chocolate chips, gaul rata. Tuang bahan2 yang dikacau rata dan gaul hingg semua sebati dan mesra.
  • Sudukan bancuhan muffin tadi ke dalam muffin cup 3/4 penuh dan hias dgn taburan coklat rice, buat hingga siap
  • Bakar dalam oven pada suhu 180Cm selama 18 - 20 minit. Sejukkan sebelum dihidangkan. Sesuai untuk minum petang bersama keluarga...


**mintak ampun mintak maaf sebab menggunakan kata ganti nama diri AKU.kalau ade yang lebeih berusia dari aku membaca entry ini mintak jangan ambil haty.

**mintak maaf sekiranya resepi ini sama dengan sesiapa punya resepi sebab aku x linked balik..tapi ini la hasil masakan yang ikhlas datang dr seorang Hamba ALLAH

**selamat MENCUBA..