Perempuan juga perlu tahu yang lelaki.....


1. Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).

2. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

3. Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.

4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.



5. Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.

6. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!

7. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.

8. Bila lelaki cakap..”Emm. tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

9. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

10. Kebanyakan lelaki yang nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys! (Macam aku kot)

11. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

12. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini…

13. Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.


14. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa…yang lain hanya kawan..

15. Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!

16. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.

17. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…

18. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.


19. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita…

20. Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

21. Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!

mAsaK laGy?



RAJiN SAnGAT KeRrRR??????
bukan masalah rajin sangat masalah nye bosan. maklumla dok umah sensorang parents pulak keluar g kenduri kahwin. sudah jadi kebiasaan aku yang xske ikut nie..Jadi dok umah je la kemas umah ble semua da setel aku pon selongkar pety ais lagy.Tambahan pulak semalam da shoping kat tesco so ade la beli barang-barang dapur nie. Haaaa senang la keje masak2 memasak aku nanti. Memandangkan pagi td aku xbreakfast ape pon jadi aku pon masaklah sesuatu masakan yang namenye KUIH MAGGI hahahaha..bunyi kuih tp xde la kuih sgt pon. stock ratah2 nie je nie. Senior merangkap roomate aku kat hostel salu gak buat makanan nie. sedap! so balik umh da xde keje nie aku pon try la. Memang kacang la nk buat. tapi ikut citarasa masing2 la. So mari lihat camne aku buat..cewaaah!!! cm kls masakan plak kan..:)

rESEPi kUiH mAGGi
  • telur 3 biji
  • maggi kari 2 bungkus
  • daun sup daup bawang (xyah pon xpe)
  • daging cincang
cara-cara nye:)

  • rebus maggi sehinga lembut
  • toskan maggi
  • pecahkan telur dan kacau dengan maggi yang di toskan kacau mcm buat telur dadar tuh.
  • goreng daging cincang sehingga masak.
  • campurkan daging cincang daun sup serta daun bawang dan kacau bersama maggi.
  • panaskan api dan masak la.
  • untuk mendapat kan bentuk yang cantik saya pakai acuan besi mcm org buat telur benjo tuh...:)
  • da siap boleyh la hidang dan mkn:)
haaaa jum lihat gambar lagi mudah kan:)
nie waktu tgh gaul@kacau bersama telur and bahan2 lain td
ini la acuan yang saya maksudkan
pandangan dekat
haaa da siap.mcm begedil pon ade kan hehehe..
boleyh dihidangkan untuk santapan keluarga. haaa nmpak x botol air tuh? itu ais sparkling tp yang nie versi lain..harga nye pon murah yang tuh perisa apple. boleyh dapat kan nye di litte dubai harga below RM 5.00. rase dye sangat sedap same juga mcm air gas buah buahan yang lain dan semestinya HALAL.

*maaf ye gambar xcantik fon murah je. lupa nk bg taw dua paket mee maggi sy dapat 7 keping je kuih magii mungkin sbb terlalu tebal.tp semua tuh boleyh adjust ikut sukatan capacity org nk mkn hee..simple kan:)


SELAMAT MENCUBA!!!!!!!

jUm maSak mAsak


BOSAN?

ye harini bosan sangat hari2 bagun pagi kemas umah ampai kain sapu sampah masak nasik mop lantai lipat kain. Hari2 buat keje yang sama bosan la. Umah pon xplak kilat2 cm kat mall tuh haha tapi nk wat cmne kan kite kan perempuan hehe. Ala semua nie kejap je abis cuty sem nanti balik hostel da xbuat da semua keje PRA RUMAH TANGGA nie haha. So dalam kebosanan tibe2 plak semalam terbangun awal kan. Bile semua keje da setel da xtaw nk buat ape aku pon bukak peti ais nmpak plak fries ade dlm pety ais aku pon ape lagy kua kan la bg dye ilang kebekuan nye haha.
Makanya tercipta la idea nk masak. da lame x masak bende2 pelik nie. aku nie suka cipta makanan2 baru. xtaw la bg org lain maybe da lme tp bg aku baru. Nak taw x ape aku buat? haaaa.. aku buat begedil!! tara!!! aku buat begedil berasaskan kentang goreng tuh fries tuh hehehe.. memandangkan aku xde kentang beso tuh so aku bedal la..kebetulan plak daging cincang pon ade. aku pon mula kan la operasi.
heee dengan selamber aku pon godek2 pety ais campur semua yg aku jumpa. lps tuh da masak aku simpan tarok dlm microwave nk bg parents aku mkn. parents aku ni bz balik kje lambat. aku sonsorang je la kat umh bosan kan. bile parents aku balik dorang salu bwk balik lauk da..so lauk aku masak ratah je. aku pon bg dorang n dorang ckp wow! sedap. aku kembang semangkuk la hehe..mak aku siap tnye agy cmne buat mne dpt brg2.. siap nk suh buat lagy tuh aduh! kne tggu lagi la tahap kerajinan aku sampai hahah..
Tapi malangnya aku lupa nk snap gambar!!! waa sedeyh xpe2 nti buat lg sekali aku snap siap decore lg kan:) ok so klo nk resepi nk share kat cnie.resepi dye caca marba je haha..tp try la simple dan sedap sgt2..x la menyusahlan sgt pon:) sesuai untuk anak2 sbb dye sgt lah lembut.
rEsipi cinCai saye
  • kentang goreng
  • daging cincang (ramly)
  • carrot (potong dadu)
  • daup sup
  • daun bawang
  • telur
cara-cara nye :)

  • rebus kentang goreng sampai lembut tp jgn repbus terlalu lame sbb nti ia terlalu lembik
  • goreng daging cincang sehingga masak. sbb danging susah nk masak klo x masak bau dye..haaa
  • carrot tuh rebus juegak bg lembut dan potong dadu tp klo xnk tarok carot pon boleyh
  • blie semua da setel kentang tuh lenyek2 kan dye lembik lps tuh mask kan semua bahan daun gaul bulat buat macam cekodok tapi yang tuh ikot keselesaan la
  • lps tuh celup telur and goreng sampai rangup sampai warna kuning2 emas
  • lepas tuh da agak2 da masak hidang and makan. cicah sos lg sedap.
  • SELAMAT MENCUBA


macam nie la lebeyh kurang hasilnye. sori ye incik google saye ambil gambar nie sebagai contoh.

maSiH teRgiang2 di teLingA

¸.•*¨*`•.¸RENuNgan bErsama¸.•*¨*`•.¸







Apabila kamu berkawan dengan lelaki,
Ingatlah ada dua pilihan terbentang
Yang Pertama..
Kamu jadi seperti kelapa..
Mudah diperoleh..
Diparut..
Diperah..
Dan diambil santannya..
Lepas tu hampasnya dibuang...
Yang Kedua..
Kamu menjadi sebutir mutiara..
Berada di dasar lautan..
Tersimpan rapi..
Dilindungi kulit..
Bukan senang nak melihat..
Apa lagi mendapatkannya..
Hanya orang yang bertuah..
Berusaha menyelami dasar lautan..
Dapat memperolehnya..
Harganya mahal sekali..
Dan ia akan tersimpan selamanya..

Jadi..
Kamu pilihlah samada
Hendak menjadi kelapa ataupun mutiara..

Di sebalik santan..
Menjadi penyedap makanan..
Diperah segala kenikmatan..
Dengan mudah jatuh menjadi titisan..
Akhirnya habis kari dimakan..
Pulut panggang sisa habis ditelan..
Dan santan hilang tak jadi ingatan..
Yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang..
Orang tak kenang jasa santan..

Mutiara..
Tertanam di dasar yang paling dalam..
Sukar andai mengharap jadi perhatian kerana
dilapisi kulit yang keras
menghadang..
Namun kiranya ditemui insan..
Akan menjadi permata hiasan..
Terletak tinggi di cincin idaman..
Atau di leher nan jinjang..
Atau di lengan menawan..
Makin lama mutiara tertanam..
Makin tinggi nilaian..

Oleh itu..tentukan yang mana satu
pilihan..

Menjadi santan..
mudah jadi perhatian..
tapi hanya sebentar jadi santapan..
kemudian hilang segala nikmat dan pujian..

Menjadi mutiara..
sukar ditemukan..
namun bila dihias indah gadis perawan..
hilang ia..tangisan mengiringi berzaman..

Akhirul kalam..
saya kongsikan 2 mutiara tazkirah kiriman
sedari di perantauan yang hingga kini saya simpan kemas dan erat sebagai barometer diri pengislahan, alhamdulilLAH.
Saudariku, terimalah tanda kasih seorang Muslimah padamu
ya ukhti al habibah; sebuah perkongsian nan indah untuk wanita sholihah pendamba syurga, pembuat iri bidadari …

“Jadilah wanita Sholihah, perempuan acuan al Quran,Hurrun Ein Syurga sebelum Syurga. Bakal seorang ibu bukan sebarang ibu! Bakal seorang isteri Mithali yang boleh menyerahkan diri…Bintang hati bakal suami…terus bersinar dan istiqomah menyinari… menjadi Mujahidah yang menghayati perjuangan,yang mana perasaan, percakapan dan tindakannya telah dikuasai kesanggupan terhadap perjuangan demi ALLAH. Mukminah yang punya ta’alluq
bilLAH yang kuat. Puteri Hawa kesayangan
Adam”.

Dan Jadilah wanita yang bakal menjadi Ummi
Sholihah, pewaris ke Tauhid dan Islam

*Kredits 2 ???????

Lelaki perlu tahu yang perempuan....


Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.

Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.

Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.

Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui

Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.

Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.

Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.

Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.

Seks : Seks bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkann ya.

“Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA”

taHukah anDA?

ape yang anda fikir kan? tahukah anda GAMBAR boleyh menceritakan sesuatu kepada kita. Memanglah hanya gambar tp ada makna disebalik sesuatu gambar itu. Oleh itu hargailah selamilah fahamilah sesuatu gambar itu. Selain itu gambar juga menunjukkan sesuatu perasaan sifat seseorang itu. Gambar juga menjadi kenangan di dalam kehidupan kita. Jadi hargailah gambar fahamilah gambar kenangilah gambar. Terima kasih juga kepada pancanindera kita iaitu MATA.Hal ini kerana tanpa mata kita xboleyh melihat sesuatu gambar. Gambar mencerminkan peribadi diri. Marilah kita melihat gambar - gambar ini sebagai selingan dan untuk merelease kan tension.










sekian thx for read.

11 PETANDA SI DIA JODOH ANDA!


1. Gunakan seluruh pancaindera


Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.

Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

2. Bersahaja


Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

3. Senang bersama


Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

4. Terima kita seadanya


Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.

Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.

Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

5. Sentiasa jujur


Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

6. Percaya Mempercayai


Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

7. Senang Bekerjasama


Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.

Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.

Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

8. Memahami diri kita


Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.

Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.

Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

9. Tampilkan kelemahan


Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.

Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.

Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.

Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

10. Kata hati


Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.

Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa.

11.Mimpi


Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.

Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita?

“ Manusia merancang, Allah menentukan.”.....(~_^)

*kredit 2 http://www.facebook.com/EizaFunkyd0ll


-papa-


fantaSi BRubaH ke ReAlity



dUnIa YM



Pasti semua orang ade YM kan? Ye..mustahil xde. Dunia YM banyak sgt kenangan suka duka buat aku. Aku start men Ym since darjah 6 lepas UPSR. Hahahha…maju kan? Dasyat nye dunia it zaman skunk kecik2 da pndai. Aku nie belajo mender2 nie semua xde spe yg ajo sendri belajo. Aku tengok abg aku buat yang tuh la aku buat hehe..

Ok mse mula2 men ym aku xpernah tarok gambo sendri. Ye la mase tu pakai cemre Kodak je. Mane pulak reti nk scan2 gambar. So, aku pon pakai la pic artis2 hendon mne nth. Then bile org PM aku tnye tu aku ke dengan bangga nye aku jwb je wakkakakaka.hamik kau! Org yang tanye tuh plak selamat la xcam heee.. selain dr tuh bile org pm aku plak tnye umo bpe aku ckp 18..peh xnk kalah tuh! Padahal bru darjah 6. Dasyat nye la..bile da tnye2 knl2 nk add pulak..aku pon accept la ape lg..bile da knl cintan cintun plak..ble da cintan cintun ajak jumpa..hui! mcm2 alasan aku bg! Keh kehkeh..yela..mau x tnye kang ape2 terjadi spe plak susa.! Ade sekali tuh la kan penah aku typu stu mamat ni aku ckp nk jumpa kat kl central.mse tuh aku da form 1 n mse tuh aku kat perak. So mamat nie pon siap2 pki cun2 siap anto gambo tah betol ke x haha..den dye pon gerak kl central sampai sne dye crik mne aku! Aku pon kelentong dye ckp la tayar kete aku pancit la ape la mcm2 alasan aku..hahaha..jahat kan?? Ish..ish..tuh semua dlu..sampai skunk mamat tuh maseh ade dlm messy aku kehkehkeh..

Mse mula join chat room aku join kl1 kat sne aku kene buli..aku wat bdo je..sampai org ckp aku gile..ade aku kesah..lg pon aku paling muda hehe..aku nie klo masuk room ske sgt la main mic nyanyi sensorang..lps tuh kne halau ngan otai2 sne..sampai skunk nth mne kubur otai2 pon aku xtaw. Tp messy dorang on je..bile dorang taw aku spe umo berapa bru la dorang lyn aku elok..mcm ank manja gitu.siyes! lps tuh da bosan ngan room kl1 aku pindah kl3 plak..kat sne lme skit aku bertahan.aku pijak2 mic rebut2 mic. Seronok sgt sampi gado2 bwk puak bwk kaum segala2 nye la.. siap ade yang nangis jeles2 ye la aku budak mesti la dpt perhatian lebeyh..mmg syok la kan..yang xtahan yg mne benci aku siap ckp room tuh bapak dye punya..aku igt lg org tuh kuikuikui.. bile kenang2 balik memang kelakar je rse.. dorang2 nie salu la wat gath..sepanjang aku men ym aku xpernah JOIN mne2 gath! Hebat kan. Bukan ape..mse2 tuh aku skola..dok perak..gath semua area kl..nk kua cmne..parents plak jenis kong kong hehehe..tiap kali gath aku je xde..sampi semua org ckp tringin nk jumpa aku..n aku pon tringin nk jumpa dorang..siyes dorang semua baik..kami cm famli..n then one day aku jenjalan kl. Aku mintak izin kat fmly nk kua dgn kwn2 ym. Terkejut la ayah aku..gile ken k lepaskan ank dara sesenang cmtuh. Bapak aku ckp klo betol dye nk kua suh dye ngadap ayah..dengan selamba aku pon pgil la kwn2 tuh ngadap ayah..:) bru la ayah caya heeeee..kesian taw dorang.. ayah aku nie pelik skit susa nk caye org..maklumlah aku nie pembawa 1001 masalah hehehe.ayah ckp YM nie bahya sala langkah sala knl org xtentu pasal leyh maty kne rrugul..nauzubillah..mintak jauh..so far semua kwn2 ym aku knl semua nye baik2 belaka..siyes semua cm famli..mse skola lu salu mintak topap kt dorang2 nie dorang salu bg hehe..baik kan..thx taw semua!

Lepas tuh plak aku merayau plak kat selangor satu. Kat sne room meriah aku pon join wat mcm room bapak aku..masuk2 da mcm otai..perasan..mse tuh aku bkn taw ape aku mne kesah otai ke petai lu langsi lu mati hahaha..eh2 xde la..aku baik la bg salam..lps tuh sembang ngan org cam da setaun knl. Kat sne la aku knl byk2 mamat2 hensem..aku di beritahu kat sne paling fames mase tuh GARA@kimo..so aku pon try la borak2..aku wat bdo je kwan2 cam biasa..lps tuh ade la Saigon mangkuk n byk la pnt nk sebut.maap taw. Kwn2 bg no fon..gile klakar..dorang xcaye mse tuh aku da form 3..aku salu ponteng skola alas an sakit perut heeee sbb nk men ym..huii addicted kot! Gle ah..tdo sampai lewat mlm..menyeksa diri.. knl punya knl dengan semuadak2 sel1..pagi aku join mlm aku join..24 hours la..mse nk g tucen aku off..hee mse tuh xde lappy pki computer beso je. Mase fom 1sampai 3 nie paling hebat aku pijak mic lock mic je..heee..syok sendri..tp ble one day ade org perkenalkan web cem kat aku..aku jd berminat..aku ckp kat ayah nk web cem!..ayah ckp kau nk wat pe! Kang byk masalah ko buat xtentu pasal..aku pon hmm..lps tuh one day plak ade pc fair..harga wc not bad ah..kebetulan plak result peksa aku sgt ok..haa men2 ym result kne jge nk PMR kan..so ayah pon belikan..hee sonok xterhingga!!!!!!!!...mula2 jakun gak..bg semua org tgk..festyme dorang tgk aku..ade yg ckp chubby la comel la hodoh la mcm2..kelakar pon ade..lps tuh ade la mamat2 sel1 ajo aku seting..dr ctu aku da pndai kedekut..thx u all!! So selamat la kan..:) xde la bahaya kang nth spe2 view aku..ish2 bahaya..aurat tuh heee…lme taw aku kat sel 1 nie sampai la fom 5..tp tym e tuh da selow la..sbb ade centa haty..lps putus ngan centa haty start ym alik..hehehe..dak2 sel 1 salu gak wat gath tp aku xpernah join..seperti biasa aku kan underage dok jauh plak tuh..heeeJ btw enjoy sgt ngan korang.,rindu zaman2 tuh pakai font beso la ape la..main tattoo la macam2..kelakar je rse..

Lepas spm aku xsentuh day m bz ngan keje sambilan..after dapt result sambung study lansung xym..tuh pon kdg2..so start men Fb plak..pendek kan cte kat FB knl la cinte haty sy budak Ym tp xpernah jumpa dlm roomJ heee..dye plak kwn baik ex aku mse men ym..heee..ex yg xpernah jumpaJ juz di alam cyber hakhakahka..

Ok last ly da penat nk type la..heee..byk gak room ym aku join dan byk la koleksi abg2 angkat akak2 angkat sampai terangkat..abg2 angkat semua baik..salu bg topap bg semangat hee..thx taw! N sampai arini masih contact ngan dorang kat fb kat ym kat fonJ tp fon jarang bahaya kang my PAPA COMEL marah heheeee.. TAPI!! One day mase bulan mac 2011 xsilap melaka 3 buat gath bowling..itu la festyme aku join gath! Eiii bangga nye rse..nk jumpa ramai org nie.. so kat sne la bermula nye kegiatan aku jumpa sne cnie chaterz.hee sonok taw dorang semua baik2..jumpa dorang dr semua room yg ade la..tp mse tuh ade yg knl aku ade yg xknl ade yg igt2 lupa..sbb da lme kan..tp aku xkesah..sbb aku ske dorang sporting..statsrt dr ctu aku da xsegan nk jumpa chaterz..lg pon aku bangga sbb pegy dengan org tersayang..so kwn2 chaterz dye kwn akuJ start dr ctu aku join gath sne sni yang ade kesempatan.:) dr ctu hubungan makin menjadi rapat susah senang ade yang bantu..txh all..love u muahx! Tp my beloved PAPA COMEL thx bg kesempatan ma join semua nie..n thx bwk ma g sne snie ngan dorang ble freeJ

Ok datz all..mmg byk nk cte tp igt2 lupa..btw dlu sy pki id awekzcomei tuh mesy sekali queen_gagalz missgulahaty and de latest afraafro and fat32..tuh semua id basic klo @bellsouth kimo la nth ape2 2 3 4 5….char tuh byk gak..tp tuh semua da lme n masih leyh pki..thx jugak tu semua yg buatkan id heee..ramai tnye fara senang dpt idea de spare part ke heheh..mne ade..aku baik ngan org org pon kasi la..thx..ade yg ckp fara adek angkat otai2..klakar kan..aku diam jeJ sbb tuh knee boot aku pgil abg2 aku nie hehe..skunk da beso da pencen tp still masuk gak kdg2 klo ade kelapangan..ok semua have fun have nice day..enjoy2 tgk gambo plakJ




nie mse gath bowling anjuran melaka 3

nie mse gath kat tanjung harapan

nie sambungan dye hehehe

nie kat PD
nie kat subaidah gosip2.


nie plak mase zhaf nikah

nie kwan2 kl3.dorang2 nie la g ngadap parents aku..sian dorang..ape2 pon thx..rindu korang! yang laki tuh la bodark_noty.


  • so kesimpulan nye ade ke yang korang kenal?mestilah ade kan..spe2 terase muka dye ade kat sinie kembang la sikiet idung hehehe..
  • and mintak ampun mintak maap klo ade salah ejaan..saye kan queen_gagalz @ misstypo hehehe...

Tanda lelaki benar-benar jatuh cinta..

" female n male.. zaman skang boy lagi manja dari gurl "

Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejtkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. untuk melihat lelaki menangis amatlah payah.

Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:

1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.

10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.

12. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.

13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya. Khai dah 100% okie..

23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan. HARGAILAH MEREKA

Kepada semua wanita yang bertuah menerima cinta sebegini dari seorang lelaki... Hargailah mereka seadaanya... kerna jika seorang lelaki itu menangis ditinggalkan teman wanitanya, lihatlah, bertapa bodohnya wanita itu...

KhAs unTUk pEremPuan


tip untuk orang pompuan..bagaimana mengenali lelaki

lelaki melayan sebagai kawan..
- tanya khabar
- telefon
- send email
- send joke

lelaki menaruh minat..
- ajak jumpa tapi anda bersama kawan di tempat terbuka.
- telefon menyatakan hasrat hati akhir sekali ...dia sanggup jumpa mak bapak anda.

jauhi lelaki ini
- muka sposen, muka tomyam, selalu pinjam duit dengan pelbagai alasan,
- suka pindah randah..rumah, tempat kerja, papalah
- tidak menunjukkan minat bertemu mak-bapa anda
DIA MUNGKIN MAHU SUKA-SUKA DENGAN ANDA SAHAJALAH

-LELAKI TAK LEH pakai
makan dia anda bayar.
hari hari telefon cakap berjam-jam ..merepek dan merapulah

pEremPuan

Kalau dah namanya perempuan.........


1. Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke,budak pompuan tu?

2. Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!

3. Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.

4. Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.

5. Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi...
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah.Lepas tu,tolong basuh kain-baju sekali,yek.

6. Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

7. Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik,memahami bla bla bla...
Makna tersembunyi: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you a.Rasa macam nak jadi
awek you je.

8. Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.

9. Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban.Habih, hangpa dua ekoq gak yang
seronok.

10. Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu.
Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan
berlaku adil.
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil,aku tak kira!
Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.


Ini cuma contoh saja. Tapi, memang ia selalu berlaku.Kalau tak
percaya,cuba tanya isteri atau awek masing-masing,betul tak
cakap di mulut tak sama dengan niat di hati.
Bukannya kaum perempuan ni tak jujur dalam meluahkan isi hati mereka
tapi, maklum la, kaum perempuan ni kan pemalu,gitu.


ayu nye perempuan camnie kan:)

♥pEngalAmaN naiK BAS♥

BAS?


Pengalaman naik bas?waaa..nie nk cte fes tyme naik bas jln jauh sorang2 plak tuh. Dah la amik bas malam.nk wat camne tuh je tiket yang ade..travel from melacca to perak. Waaa long tyme journey tuh!..sure tido je kan..aku nie xpenanh naik bas jauh2 sorang2..so ade la ckit jakun.mcm2 persoalan main dlm minda..dok sebelah spe la..driver bas tuh ok ke x..bas tuh cantik ke x..yang penting selamat ke x..hehehe..terok kan aku..bkn ape nie tuk keselamatan jugak..nyawa tuh berharga weyh.

Hari yang di tunggu2 telah tibe..tp sebelum tuh aku singgah kampung dulu..sbb jumpa atok ngan nenek and sedara mara…sebab bas malam kan..baik singgah kampong kat masjid tanah..dari situ cousin aku kak cik ngan tunang dye anto aku..lepak2 lu kat uamh mak lang mak kepada kak cik. Lepak punya lepak masak2 ngumpat2 cewah..mne de..borak2 kosong da pkl 4.30..aku pon siap2 la nk berangkat..flight aku kan pkl 8.flight la sgt. Aku nie skema skit klo bab2 mase nie..klo bab2 nk tumpang org ke kenderaan awam ke aku memang skema. Yelah kite nk tumpang org bia kite tunggu org jgn orang tgu kite..xmanis la kan gitu. Klo bas awam tgu aku al maklumlah xbalik perak aku malam tuh. On the way g melacca central kak cik singah umh tunang dye jap amik tunang dye. Lepas tuh boleyh plak g giant. Ewah sempat plak soping jap da 6.45. aku nie plak dok tgk jam je xhenti.aku nie skema btol la! Bukan ape..cuwak la.kang kne tinggal malu stu hal bazir satu hal yang paling tkut kne marah ngan ayah tuh da tentu hehehe. Da abis shoping aku ajak mkn kfc.heee klo bab2 mkn aku trus lupa semua. Perut aku nie tangki beso tol. Cepat je lapa. Makan punya mkn da 7.45. aku pon kelam kabut la..tunang si acik nie wat xtaw je..bwk kan men selow. Aku ckp la jauh x. dorang ckp jauh..aku rse cam nk nagis je mse tuh. Tapi sabo..sabo. tibe tibe aku nmpak signboard beso melaca central hahahaha…aku kne typu! Rupanya giant aku pg tuh blakang melacca central..maty2 aku kne typu padan muka aku! Alamak bas da sampai!!!! Angkat2 beg cepat..pg kat bas..org punya ramai yela cuty raya cina kan. Beg aku plak mcm nk balik cuty sem..bayangkan byk nye brg aku..aku xske la klo brg2 aku kne tinggal kesian nti brg2 aku dok sorang hehe.

Dekat melacca central tunggu punya tunggu bas xtibe lagi.rupanye td tuh bas ke tempat lain. Aku sje wat kecoh kasi dorang alert ckit hehe. Tunang si acik pon melilau carik bas aku. Baik tunang dye. Kami pon rilek jap. Acik tunggu aku sampi aku naik bas..baik tol dye. Dalam dok tunggu2 bas tbe2 terdengar org panggil name aku. Terkejut gak aku. Wah! Fames aku. Aku pon carik la orang yg dok pagil aku. Rupa2nya omg!! Kawan sekolah rendah merangkap sekolah menengah sekali. Hahahahha..kecik je dunia.umah aku ngan umh dye pon bukan jauh mne.aku mcm xcaya.aku pandang dye ats bawah. Terkejut aku! Dye balik perak pki bju kurung! Omg!! Perubahan yang baik..aku pon tnye dye kau buang tebiat ape pki bju krung dlu kay skola bkn main ligat seksi kau hahahha..xde la seksi sgt tp raget la kan hehehe. Dye pon cte kat aku. Dye belajo kat KUIM. Kat sne kne sopan. Aku ckp bagus lah kalau kau da berubah. Heheheh..terharu gile tgk dye. Walopon xrapat mne tp knl la. At least ade org yg aku knl dlm bas hehe xla tkot sgt! Haaa..bas pond a nk gerak.aku pon lambai2 kak cik..before tuh kis2 lu..manja kan kami hehe..kak cik belikan aku air.selamat dye belikan air xde la tekak aku kering kontang!

Aku ni ramah. Ramah xtentu pasal. Tp aku nk sembang pon aku pilih org. ish memilih nye..bkn ape jgn men serkap je..buat nye sembang ngan criminal maty aku! So dengan keramahan aku dengan selamber mintak no driver bas. Ade dua satu muda satu tua. Aku amik no pak cik yg tua tuh! Amik yang muda kang pk bukan2 plak! Aku amik no driver bukan nk menggatal tp, untuik keselamatan. Mne la taw kot tbe2 aku nk terberak ke terkucil ke ha alps tuh plak bas tinggal aku.mcm ne? so baik aku amik no driver sesiap..bijak x bijak x? cewah!..hmmmm dalam bas aku nk tido tp takot.maklumlah first tyme kan. Elok2 aku nk lelap mate ade la sepasang perempuan nie dok borak.klo selow xpe! Nie bapak kuat! Mcm apak dye je punya bas je. Aku pon sabo lagy. Dok cte psl kolej dye la ape la. Nk lelap je dye bersore agy! Aku pon pura2 la batuk kuat2!!! Kah kah kah! Dye lansung x notuce..ei hangin kepala aku!!!! Bayang kan sepanjang perjalanan dye borak.. aku pon mls nk care aku pon try lelap! Tbe2 aku terjaga dan bas pon senyap rupa2 nya da sampi teluk intan. Aku pon heran npe senyap runpanya dye da ready nk turun.. runpa2nye dye dok teluk intan haaa kantoi! Bru la aku lega wakakakak…8 jam perjalanan dye pot pet pot pet..dye senyap ble dye minum air je heee..aku rse klo aku jd kwn dye lme aku sumbat ngan kasut da kat mulut dye tuh! Xtaw la plak kan cmne kwn dye mampu bertahan heheh..kot ye kwn dye dgr nth2 kwn dye pon lena..maklumlah bas gelap geilita kan hahahaaaaaa!.

Tak lme kemudian bas sampai kat manjung. Stesen bas manjung. Ish mne la aku taw bas berenti kat manjung. Makcik tiket ckp bas berenti kat lumut. Klo leyh nk je aku trun ctu sbb dekat da ngan umh. Tp parents aku da tgu kat lumut.heee malu nye aku xnk soal slidik dlu benti katne.mak lumla first tyme kan J sampai la aku kat lumut da pkl 3.40 pg. akhirnya tibe jugak aku. Skukut ke hadrat ILLAHi aku tiba dengan selamatJ. Aku pon melilau carik parents aku. Uih 3.40 a.m warga2 manjung masih x tido..bayang kan LUmut org berkeliaran sini sane., xrety nk tdo ke weyh kome kome nie. Aku nie pencut bas stant lumut tuh gelap da. Rse nk nagis ayah aku xjwb kol. Gelabah semacam la ape lgy heee.. sape xtakoty weyh ank dara lewat mlm kat lumut ape cer.. tup2 bapak aku main lampu hee.. aku pon trus g kat kete mak aku..hee sonok dapt jumpa parents aku. Aku pon salam2 la dorang dlm kete aku bg surprise kat ayh aku dye tie PADINI rm 100++ rabak gak ah duet beli tp xpe.duet aku MARA yg bg. Demi ayah ape la sgt kan besaday ayah sbb tuh aku beliJ. Borak2 dalam kete ibu ajak g mkn. Aku pon mkn la kat mapley terkenal kat manjung. Huh~! Punya la ramai org tgh pg nk masuk subuh.xrety2 tdo rimas aku. Ibun plak bleyh plak order nasi mcm mkn dinner.hui…hebat la ibu! Mcm sahur pon ade. J. Da kenyang kami pon balik.. lain betol manjung da mcm2 berubah. Nampak sgt aku lme xbalik! Aku xde sebab aku xbalik ye la belajo jauh nk balik pon wat penat jeJ. At last around 5.oo a.m kami pon sampai umh. Sampai umh tgk waa byk nye perubahanJ terharu! Masuk bilik nmpak katil aku pon tdo! Penat sgt perjalanan dr malacca ke perak. Kali pertama tp byk pengalaman. So lps nie mmg bas la kenderaan rasmi aku balik umh hee..begitu lah cerita nya

.

p/s: sori klo spe2 terasa sala ejaan grammar mistake ke mintak ampun.nie ek yang mampu naip klo bercerita pakai mulut lg syok


nie la aku ala balik kampung watpe nk cun2.tp aku memang xcun pon heee :)


ni la MELACCA CENTRAL. sori amik pic kat google je. xsempat plak nk snap kan



kenderaan RASMI aku. heee:) terbaik.!!!!!!!!!!!!!