yezzaa...hari ni aku beli lg 2 bijik komik :)
mmg giler komik btol aku ni =))=))=))mane leh thn klu tgk de komik yg aku blom bace lg :))


1) Persatuan Pelajar Penuh Risiko ( Semester Pertama ) - Cha Min-Yi
Sinopsis

Bagi Sekolah Persendirian Resiten penuh berprestij, kebajikan pelajar-pelajar adalah amat penting. Apatah lagi mereka adalah bakal golongan elit masa depan. Tentulah penting bagi pelajar-pelajar hebat ini untuk memiliki Persatuan Pelajar yang hebat juga! Jadi mengapakah persatuan itu diketuai oleh presiden yang bodoh-bodoh dengan setiausahanya yang gila baju serta wakil pelajar yang amat hebat dalam ilmu sihir? Malah terdapat juga binatang peliharaan yang pelik! Ikuti perjalanan persatuan penuh huru-hara ini!


2) Persatuan Pelajar Penuh Risiko ( Semester Akhir ) - Cha Min-Yi

Sinopsis
Masa depan Persatuan Pelajar kelihatan kelam apabila presidennya, Shin Gi-Ru dituduh melakukan jenayah - namun kali ini dia benar-benar bersalah! Dipaksa meletakkan jawatan, pemilihan presiden yang baru terpaksa dilakukan. Mungkinkah dalang sebenar yang sering menimbulkan masalah kepada persatuan ini ketika semester pertama akan berjaya menjadi presiden Persatuan Pelajar yang baru? Adakah Shin Gi-Ru terpaksa bergantung kepada lelaki yang memusuhinya demi membersihkan nama baiknya?!




23:48 PM
17/03/2010
Hari ni aku beli lg 2 komik n sebijik kreko :)

1) KREKO - Edisi 11 ( 15 Mac 2010 )

2) Lawak Seleb - Keith & Zel0

3) 1/3 Romantika - SHIBANO Yuka

Sinopsis

Hana Baru saja Berkapel dengan Tokumoto, seorang yang sangat feymes di kalangan pelajar perempuan dan sentiasa menjadi tumpuan ramai di dalam kelas. Hana semakin rasa suka dan sayang pada teman lelaki barunya itu yang sering mencuit hati dan mengambil berat terhadap dirinya. Tetapi suatu hari Hana mendapat tahu tentang kisah bekas teman wani Tokumoto. Tanpa diduga, bekas teman wanita iti adalah cikgu mereka sendiri.

Kandungan
- 1/3 Romantika
- Kami Yang Sentimental
- Hidup Saya, Melodi Saya



00:09 AM
17/03/2010
apsl la aku rase cam teruk sgt hari ni..
adk aku wt hal lak..x psl2 member aku lak kne..rase cam nk blk kg je..pas2 nk tibai adk aku..
adeeyyy :(( cmne ni..tension wo0o:(( tp klu blk kne de bajet lak ..
da la jauh weh..Kulim - Sabak Bernam..4 jam wOooo...
masak2...


12.15 pm
16/03/2010
Salam sumer..ni ade menda aku nk share ni :)
gunelah peluang yang ade utk pergi bercuti bersama insan tersayang :)




Berita Harian, KGMMB tawar 300,000 tiket penerbangan

2010/02/03

KUALA LUMPUR: Koperasi Guru-Guru Melayu Malaysia Barat Berhad (KGMMB) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Berita Harian bagi melaksanakan Kempen Keselamatan Jalan Raya yang bermula 8 Februari hingga Mei ini.

Ia ditandatangani antara Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB), Datuk Mior Kamarul Shahid dengan Pengerusi KGMMB, Dr Abdul Raheem Mohd Yusof yang disaksikan Timbalan Pengarang Kumpulan BHSB, Mahfar Ali dan Timbalan Pengerusi KGMMB, Suhaimi Ramli pada satu majlis yang diadakan di Balai Berita, di sini, semalam.

Melalui kempen itu, 300,000 tiket penerbangan dua hala berharga RM70 bagi destinasi domestik dan RM110 bagi destinasi serantau ditawarkan kepada pembaca Berita Harian.

Bagi mendapatkan tiket harga istimewa itu, pembaca dikehendaki mengumpul tujuh keratan kepala akhbar Berita Harian selama seminggu bermula dari 15 Februari. Hanya satu pembelian dibenarkan bagi tujuh keratan dan ia akan berakhir sehingga tiket yang disediakan habis.

Abdul Raheem berkata, kempen ini adalah julung kali diadakan KGMMB yang mana selain menggalakkan orang ramai bercuti ia juga bagi menimbulkan kesedaran di kalangan pemilik kenderaan terhadap aspek keselamatan terutama dari segi penyelenggaraan kenderaan seperti brek, minyak hitam dan tayar.

”Melalui kempen ini KGMMB menyediakan kemudahan pinjaman kewangan kepada pemilik kenderaan terutama kakitangan kerajaan untuk mereka menyelenggara kenderaan masing-masing di samping memberikan tips berguna untuk mengurangkan kemalangan,” katanya.

Pagi td aku baru je beli 3 bijik komik utk tambah koleksi aku :)

Cerita Buatmu - OZAKI Ira
Sinopsis

Pada tahun ke-11 Showa, Hikari, anak seorang perempuan simpanan yang dibesarkan
di rumah Hozumi menerima sebuah lamaran. Namun dia masih menaruh hati pada Kousuke,
saudara jauhnya. Dia tak mampu berterus-terang kerana dia tahu bagaimana perasaan Suzuko,
anak sah isteri ayahnya. Dia mendapat sokongan adik kembarnya, Akari yang dibesarkan oleh
keluarga lain. Mereka masih berutus surat secara rahsia, tapi apa yang dapat mereka lakukan...?

Kandungan

- Bintang Berkilauan di Bulan Mac
- Bertemu di stesen Keretapi
- Cerita Buatmu


Pakcik Kaki Panjang (PROLOG - 01 ) - Karya Asal oleh KIM Hyong-jun / Ilustrasi oleh Do-Chan

Sinopsis

Selepas kematian kedua ibu bapanya, Cha Young Mi yang merupakan pelajar skolah tinggi
kehilangan tempat bergantung. Namun seorang penaung yang tidak dikenali sudi membiayai
yuran pendidikan dan kos saraan hidup gadis naif dan ceria ini sehinggalah dia menamatkan persekolahannya. Satu2 nya klu tentang lelaki misteri itu ialah ketinggiannya.
Biarpun dia berjaya merebut jawatan impian sebagai penulis di sebuah stesen radio, Young Mi masih gagal menemui ' Pakcik Kaki Panjang ' yang telah membantunya...

Pakcik Kaki Panjang (EPILOG - 02 ) - Karya Asal oleh KIM Hyong-jun / Ilustrasi oleh Do-Chan

Sinopsis

Young Mi yang sedang mencari ' Pakcik Kaki Panjang ' yang telah membantu
hidupnya dulu kini dilamun cinta.
Young Mi menulis surat buat
' Pakcik Kaki Panjang ' lalu menerima sebuah patung beruang besar sebagai balasan.
Namun surat tersebut sebenarnya gagal dihantar. Bagaimanakah
' Pakcik Kaki Panjang ' tahu kandungan surat tersebut? Siapakah
hero Young Mi sebenarnya?!



06:12 AM
15/03/2010

s a l a m p e r k e n a l a n .....





Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

salam perkenalan kwn2 sumer :)..name aku kyo..
aku baru lg dlm bab2 main blog ni:).. aku pelik gak nape owg dok wat blog..
aku rase cam x best je sebab kne menaip2 ni..hahaha..
tp aku try gak la..sebab x kenal maka x cinta :)...
aku sanggup x tido weh sebab nk try wt blog =))=))
skang ni jam menunjukkan 05:06 AM waktu kulim :)
ok..pape pon salam perkenalan ye kwn2...sile beri tunjuk ajar :)


- Kyo -

05:06 AM
15/03/2010