Pagi td aku baru je beli 3 bijik komik utk tambah koleksi aku :)

Cerita Buatmu - OZAKI Ira
Sinopsis

Pada tahun ke-11 Showa, Hikari, anak seorang perempuan simpanan yang dibesarkan
di rumah Hozumi menerima sebuah lamaran. Namun dia masih menaruh hati pada Kousuke,
saudara jauhnya. Dia tak mampu berterus-terang kerana dia tahu bagaimana perasaan Suzuko,
anak sah isteri ayahnya. Dia mendapat sokongan adik kembarnya, Akari yang dibesarkan oleh
keluarga lain. Mereka masih berutus surat secara rahsia, tapi apa yang dapat mereka lakukan...?

Kandungan

- Bintang Berkilauan di Bulan Mac
- Bertemu di stesen Keretapi
- Cerita Buatmu


Pakcik Kaki Panjang (PROLOG - 01 ) - Karya Asal oleh KIM Hyong-jun / Ilustrasi oleh Do-Chan

Sinopsis

Selepas kematian kedua ibu bapanya, Cha Young Mi yang merupakan pelajar skolah tinggi
kehilangan tempat bergantung. Namun seorang penaung yang tidak dikenali sudi membiayai
yuran pendidikan dan kos saraan hidup gadis naif dan ceria ini sehinggalah dia menamatkan persekolahannya. Satu2 nya klu tentang lelaki misteri itu ialah ketinggiannya.
Biarpun dia berjaya merebut jawatan impian sebagai penulis di sebuah stesen radio, Young Mi masih gagal menemui ' Pakcik Kaki Panjang ' yang telah membantunya...

Pakcik Kaki Panjang (EPILOG - 02 ) - Karya Asal oleh KIM Hyong-jun / Ilustrasi oleh Do-Chan

Sinopsis

Young Mi yang sedang mencari ' Pakcik Kaki Panjang ' yang telah membantu
hidupnya dulu kini dilamun cinta.
Young Mi menulis surat buat
' Pakcik Kaki Panjang ' lalu menerima sebuah patung beruang besar sebagai balasan.
Namun surat tersebut sebenarnya gagal dihantar. Bagaimanakah
' Pakcik Kaki Panjang ' tahu kandungan surat tersebut? Siapakah
hero Young Mi sebenarnya?!



06:12 AM
15/03/2010

0 9999 orang telah komen anda bila lagi:

Post a Comment